Tuesday, February 23, 2010

Petua Mendapat Bayi Cantik



Today’s entry is in Keluaran hari ini adalah dalam Bahasa Melayu.Sudah lama saya tidak menulis dalam Bahasa Melayu, sejak  habis universiti kot sebab selepas kerje semua guna Bahasa Inggeris saja. Dalam SPM pun sebenarnya Bahasa Melayu saya dapat teruk sikit dari Bahasa Inggeris. Tetapi jangan anda ingat saya hundred persen speaking London di rumah, sebab di umah bila bersama berada dengan sang suami, kami menggunakan 70% Bahasa Melayu dan 30% Bahasa Inggeris tapi bila berbicara dengan Sophie, kami bercakap 30% Bahasa Melayu dan 70%  English…Tidaklah hebat sangat vocab kami ini, ala-ala translator penterjemah Mat Saleh masa zaman kolonial dulu saja..

Saya masih ingat masa kerja dulu dengan  syarikat Singapore Singapura, saya selalu menjadi mesin taip bagi karangan surat-surat MC,  cuti kecemasan,cuti beranak dan sebagainya untuk kawan-kawan…hehehe..Saya juga menjadi mesin taip untuk bos teknikal bila mana nak seek apologise daripada pelanggan..Oleh itu kadang-kadang saya merasa seronok meluahkan perasaan dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu ..terasa seperti eksyen sedikit…bukan ..bukan.. bukan sebab ini, tujuan saya menulis dalam Bahasa Inggeris adalah untuk meningkatkan keyakinan dan menambahkan kemahiran…bukankah pepatah Inggeris berkata “practice makes perfect?” - latihan buat sempurna bila ditranslate kan.. ;p

Ehhh, bukan kah tajuk hari ini adalah berkenaan petua mendapat baby cantik? Oleh itu marilah kita menuju ke tajuk sebenar dan jangan terpedaya lagi dengan cerita cerita kosong saya yang di atas sana..miahahaha

Okies, pertama sekali sekiranya anda sedang mengandung, tahniah di ucapkan..apabila ujian kehamilan menunjukkan anda mengandung apa perlu anda buat?

1.  Pertama sekali terus pergi klinik untuk sahkan kemudian pilih lah hospital yang anda suka dari segi fasiliti dan ongkos yang bersesuaian. Cari sorang sahaja doktor untuk monitor kehamilan anda supaya senang. Pengalaman saya banyak jumpa doktor buat saya pening, akhir sekali saya cume stick pada yang satu saja. Maaf saya tiada pengalamn ke hospital kerajaan, tetapi saya rasa prosedur mebi mungkin sama kot.

2. Ingat adalah penting untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sepanjang perjalanan indah ini. Sebab masa mengandung ada 3 semester trimester, masa dulu saya amalkan membaca surah surah seperti berikut:

- Luqman -  Trimester pertama
- Maryam dan yusof - Trimester kedua
- Yaasin – Trimester ke 3

Kenapa saya membaca surah-surah berkenaan adalah kerana, menurut nasihat emak saya, membaca surah Luqman pada trimester pertama adalah seperti doa supaya anak kita menjadi bijak dan mulia budi pekerti seperti Luqman Al Hakim. Bukankan pade masa ini, otak-otak bayi sedang dijana dan badan embrio baru mahu membentukan rupanya, kan. Bila dah masuk trimester kedua,saya baca surah Yusof (konon ingin mempunyai anak lelaki yang kacak ehehe) dan juga Surah Maryam . Tetapi apabila doktor cakap, wah anak anda perempuan, terus saya baca surah Maryam sahaja kerana lebih pendek sedikit hehehe..Astaghfirullah...

Dan dekat akhir akhir kehamilan, saya baca surah Yaasin untuk memudahkan proses melahirkan. Dan Alhamdullilah, memang sangat mudah dek non! Baca entry saya beranak kat sini  . Tapi saya juga nasihatkan anda untuk baca seluruh isi Al Quran juga ye, tidak terkecuali. Anda boleh mengamalkan surah-surah di atas juga selepas sembahyang fardhu maghrib misalnya.

3. Pemakanan kenalah jaga okay. Masa mengandung dulu saya agak gemok kerana mula-mula saya tidak jaga makan sampailah berat naik 4kg mendadak masa bulan 3, saya sangat insaf saya pon menjaga makan walaupun kadang-kadang terbabas juga. Terdapat beberapa jenis JANGAN yang saya patuhi walaupun-saya-tak pasti-kebenarannya-tapi-saya-ikut-juga: (pesanan ini ditaja oleh mak saya dan mak mertua saya)

1. JANGAN makan nasi sangat, menurut mak mertua saya nanti baby akan besar jadi susah nak beranak.
2. JANGAN makan pedas nanti kulit baby tidak cantik lepas lahir akan banyak naik ruam ruam putih and makanan berempah macam kari atau sambal juga elakkan sebab nanti akan mudah sakit ulu hati.
3. JANGAN minum ais nanti baby lepas lahir akan kena ampus asthma.
4. JANGAN minum soya banyak banyak sangat nanti walaupun baby akan lahir kulit cantik, tapi akan mudah berparut. Bagus lagik minum susu segar terus.
5. JANGAN makan benda benda tajam seperti nanas, tapai, rebung dan sebagainya. Kalau boleh elakkan juga daging kambing (chevon) sebab daging kambing walaupun kolesterol rendah tapi panas sikit. Lamb dan mutton pon sama. Elakkan..
6.JANGAN makan hati ayam atau hati lembu walaupon pengkaji kata banyak bitamin B. Emak saya kata jangan makan benda yang menggumpal darah tidak bagus untuk otak.
7.JANGAN makan asam-asam sintetik. Haaa kamu mesti suka makan asam kan masa mengandung.Kalau asam jawa oklah tapi kalau asam boi, asam merah yang ada bahan bahan kemikel ni memanglah tidak elok untuk perkembangan otak bayi okay. Nak makan asam juga? Carik la asam jawa muda..sedap!
8. JANGAN seksa binatang
9. JANGAN menderhaka dengan suami atau ibu bapa atau mertua nanti susah nak beranak.
10. JANGAN suka tengok karektor cerita atau kartun yang pelik pelik takut terkenan….(ini ada sekali sekali saya langgar sebab saya tgk cerita shrek dule hehehehe)..
11. JANGAN kutuk anak orang hitam, budak itu hitam dan sebagainya. Jaga mulut kamu!
11. JANGAN suka bergosip nanti anak kamu pon sama suka bergosip..(hehehehe..ini saya tambah sendiri..oh pastilah tidak dapat menahan diri kan..kalo kamu boleh tahan..tahannnnn sikit okay!)

Terdapat pula beberapa jenis MAKANLAH dan MINUMLAH  -  ini mmg saya betul-betul ikut:

1. MAKANLAH dengan kerap walaupon sedikit untuk elakkan pedih ulu hati (pesanan doktor sakit puan saya)

2. MAKANLAH buah-buahan  - oh saya mmg gila buah dulu..saya lagi banyak makan buah dari nasi. Saya pernah habiskan buah longan sebanyak 2kg untuk saya seorang sahaja. Miahahaha..Kalau kamu nak makan buah, pilih buah-buah cam oren Sunkist, epal, anggur, kiwi, buah naga,limau gedang (tahukan buah limau yang isi merah itu?), buah mata kucing (longan), pisang, dan lain lain lagi. Makan buah yang banyak vitamin c, nescaya baby kulit bersih dan cantik ..Tak percaya vitamin C kasik cantik kulit? Tahukah kamu ramai orang cucuk vitamin C untuk kulit yang cantik hehehhe..Jadi fikir-fikirkanlah..Khasiat semulajadi adalah lebih bagus dari obat kemikel!

3. MAKANLAH ikan-ikan lebih dari makan ayam dan daging. Ikan mempunyai protein sangat tinggi. Saya memang penggemar ikan. Saya makan ikan singgang, ikan bakar dan ikan stim..ah sangat sedap tahu!..Lagi bagus kamu pergi teppanyaki and makan salmon teppanyaki..ah sangat sedapnya! Kenapa mesti ikan? Ini kerana ikan adalah baik untuk otak bayi, kajian menunjukkan ibu yang makan ikan beromega tinggi akan melahirkan bayi yang bijak..Oh satu lagi, kamu tahukan apa itu Neurogain? Ini adalah supplement minyak ikan. Boleh cari di farmasi dalam harga RM 60 sebotol kalo tak salah. Neurogain membantu perkembangan bayi (saya tidak promot untuk duit ya!). Makan sekitar kandungan berusia 4 – 7 bulan sahaja. Kalau makan lebih, takut anak terlampau bijak dan hyperactive terlampau aktif pulak.hehhee..lagi bagus tanya sama doktor kamu!

4. MAKANLAH sayur-sayuran HIJAU. Kenapa saya besarkan huruf hijau? Sebab saya takut kamu fikir rebung itu sayur lalu kamu pun makan, nanti jadi apa apa siapa yang susah? Jadi kalau nak makan sayur, pilihlah sayuran hijau banyak-banyak, sayur salad dan kekacang adalah yang terbaik!. Tidak terkecuali lobak, bunga kobes, cendawan dan lain lain.

4. MINUMLAH susu segar berbanding susu bancuh. Memang saya masa mengandung tidak dapat telan susu –susu yang dibancuh . Alternatifnya saya minum susu segar. Kadang-kadang saya terus minum susu Anlene yang dalam kotak tuh untuk dapatkan kalsium yang lebih konon. Hasilnya Sophie mmg gagah masa berumur 5 hari dia telah menendang plastic wrapper yang membalut balang phototheraphy sehingga perlu di tukar sebanyak 3 kali dan menurut doktor itu adalah sejarah..hahaha.

5. MINUMLAH air kelapa semasa kandungan 7-9 bulan, maksudnya di akhir kehamilan supaya baby akan lahir dengan kulit yang cantik. Mahu beritahu kamu satu perkara. Saya selau tengok tivi, bila bayi lahir akan banyak darah dan vernix (google sendiri kalo mahu tahu ini apa) tersalut pada badan. Tapi semasa Sophie lahir, badan nya sangat bersih sebab tiada ternampak pun vernix yang banyak atau darah yang banyak. Saya tahu sebab saya tengok..Doktor saya pon kata, kulit bayi ini sangat putih dan bersih..Terharu sob sob sob..Terima kasih Tuhan..

Dan disini juga saya bagi tips-tips yang saya tak tahu nak letak dalam ketegori apa:

1. Kalo asyik muntah air masa awal kehamilan kan, mintak pil Primperan 10mg dari doktor.

2. Ubat-ubat doktor kasik, saya tidak makan secara kerap sebab saya memilih untuk mendapatkan zatnya secara semula jadi. Jadi saya tidak telan sangat Obimin dan Ferum Ferrocyte. Tapi kamu jangan tiru ini sebab badan kita tidak sama. Apa-apa pun, mesti makan pil kalsium kalau kamu tidak mahu gigi rongok bila mengandung anak kedua. Apabila kurang kalsium, baby akan serap dari tulang kita, jangan benarkan diri anda tua sebelum waktunya, okay?

3. Semasa tidur, angkat kaki lagi tinggi dari badan. Letak bantal bawah kaki untuk elakkan odema atau bengkak kaki. Sepanjang mengandung kaki saya tidak pandai pernah bengkak cuba melebar sahajalah sebab dah gemuk kan.

4. Tidur pada suhu yang tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. Kalau terlalu panas nanti kamu berpeluh2. Ingat semasa mengandung, jantung mengepam 7x kali lebih dari waktu biasa. Kalau terlalu sejuk mudah krem kaki. Kalau krem jangan tarik kaki, minta tolong sang suami tolak tapak kaki kamu pada posisi baring dan kaki diluruskan.

5. Banyak minum air suam jugak (dapat minum air zam zam lagi bagus) sebab badan kamu perlu banyak air. Pergerakan kamu sangat terbatas bila perut dah besar dan kamu akan cepat penat.

6. Bermalas-malasan di atas sofa atau katil tidak bagus! Bangun, pergilah berjalan-jalan hirup udara segar. Saya dulu memang kuat berjalan, sampai sudah buka 2 cm pon masih ada hati nak pergi membeli belah.hihohiho

7. Banyakkan membaca sebab siapa tahu kalu kalau baby kamu akan dapat habit ini kan? Bila membaca banyak buku mengandung, jangan terlalu panik dan menggelabah okay. Ambil sebagai panduan sahaja dan gunakan bila perlu.

Nampaknya sangat panjang isi saya kali ini, kan dan semua petua di atas adalah perkongsian saya dengan kamu semua. Petua-petua ini juga saya telah kongsikan bersama rakan-rakan saya yang sedang mengandung dan telah melahirkan. Tidak baik kedekut ilmu, tahu.Apapun cara yang kita dah buat, yang terakhir sekali yakinlah segala rezeki adalah pemberian Allah dan bersyukurlah kita kepadanya. Amin..

Renung-renungkan dan selamat beramal..ececece

Ini anak saya Marsya Sophie Irdina semasa berumur 1 hari.. ;)

23 comments:

jajarina said...

hehe.. lebih kurang je cam ape yang saye amalkan dulu..
papepun, tanx 4 sharing sis.. =)

Lekir said...

jangan ada 11.. yang boleh ada 5...

hahaha.. susah ek mengandung ni.. patutlah tiket ke syurga tu dapat pada pompuan ngandung

HaWa said...

SalaAm..

Bercakap fasal bayi cantik, HaWa baru dapat adik semalam. Adik kelapan, menjadikan jumlah kami sembilan orang..

Belum telefon rumah lagi sebab telefon mati.. Tak tahu nama baby.. Nak balik, dua hari lepas baru habis cuti.. Sedey2..

mamababahworld said...

Jajarina: aha..petua sama sebab turun temurunkan..;)..sharing is caring..

Lekir: ya..sebabtuh Nabi Muhammad saw cakap ibu3 x sebelum bapa yang perlu kita taati..simpan petua nih bila bini mengandung nanti..;)

Hawa: Congrats.. mesti adik kamu comel..cepat..cepat telefon..;)

♥ciK-t0ge ♥ said...

comeLnya soPhie..
xsaBar nye nK kaweN n dPt baBy
:X

JAI said...

Informasi amat berguna,updated blogger terhebat

mamababahworld said...

cik toge: cepatlah kawen ..;p

Jai:mekasih..

alamak mana lagi satu komen sudah ilang huhuhuuh

hasmalizaLUVhasmiza said...

wakaka.lawak siot baca entry ko bahasa melayu.hahahhahahaha.gewdiq tauuuu!!!

thanks sbb share kat sini.utk kegunaan aku di masa depan.nak peknen!!ya Allah,nak peknen.

muahahahha.merintih kat komen blog ko.nasib la...ekekkekek

mamababahworld said...
This comment has been removed by the author.
mamababahworld said...

as: wahahaha..amacam ..jangan tak percaya aku juga boleh..tapi tak best sangat kan bahasa aku..hahaha..

usaha tangga kejayaan babh..cepat bookmark post aku nih..miahahha..;P

love u darll~

annanniey said...

ann pnye info lain sket dr iema..huhu...tp xtaula btl ke x..juz sharing..nnt ann try refer pd yg arif..

yg diberitahu pada ann..
1st trisemester bc surah Luqman spy baby cerdik mcm LuqmanulHaqim..sbb masa ni otak die tgh terbentuk(sama dah tu)..

2nd trisemester bc surah Yusof- supaya baby nnti cantik or encem mcm Nabi Yusof a.s..nabi Yusof kan org plg cantik di muka bumi.. (sbb masa ni fizikal dia tgh terbentuk)

n last trisemester- baca Surah Maryam utk mudahkan bersalin.. Siti Maryam dulu bersalin seorang diri n Allah sgt mudahkan kelahirannya...

Wallahua'alm..

ann agree bab membaca tu..ms ann mengandung ann sgt3x suka membaca...n Haziq sekarang ni pantang tgk buku..harap2 kekal smpi ble2la..huhu

additiniol...bykkan mkn kurma..nnt anak jadi penyabar
kismis utk baby yg cerdas pemikiran..huhu..insyaAllah...

byk lg tips yg ann bc..tp nnt nyemak lak page iema ni..huhu
tq for sharing...
no wonder sophie sgt cantik n bijak...

mamababahworld said...

Ann dear,

takpe, sharing is caring.. takde hal punya kalo nk out ur tips kat sini..;)

bagus info nih...makan kurma n kismis kan?

yang penting semuanya rezeki dr Allah..;)

Momma Mia said...

salam dear!

info yg interesting..sesuai la.. lgpun time nih momma pun dah 8 bulan. Doakan semuanya dipermudahkan & selamat yer!!

Rahimi said...

thanks for the info..maybe berguna ms sy dah kawin nnt.. :-) sy dpt tahu blog ni dr ur facebook..and dpt tahu ur fb dr wall member sy yg ms tu ada gambar ur lil angle yg join contest...she's so adorable and cute..seronok baca kisah2 ur daughter dlm blog ni..mohon izin ya...oh ye, sy ada add u di fb...salam perkenalan-syarena

mamababahworld said...

Momma Mia: Gud luck! bestnya nak daopat baby lagikkkk..Semoga semua selamat..InsyaAllah..;)

Syarena: thanks so much..salam perkenalan jugaaaaa..;)i pun letak ur link to mine...;)

im - mamababahworld said...

Syarena: tak bleh nk see blog u nanti bagi URL yer..;)

Rahimi said...

sorry im...sy ada blog tp x aktif sgt....malu nak bg org bc...hehe..so, yg tu juzz my gmail acc..sorry ya mama sophie..

im - mamababahworld said...

Syarena: no need to worry keh.. kongsi jer..;)

Anonymous said...

This was a nice article to read, thank you for sharing it.

Anonymous said...

hye sophie mummy....thanks for sharing..

Mea Myra said...

mama! hehehe cari2 artikel jumpe mama punya. macam berguna disaaat2 sekarang hehe sbb sudah lupa petua2 masa preggykan scha dulu ;p mau ikut la petua mama supaya nnt comel mcm soph and ayaan. hehehe ;) lebiu mama

Im - mamababahworld said...

@anon : thanks ;)

@mami mea myra: hahaha..bila baca balik cam gedik ja entry ni ahaha..ok mami, mama doakan all the best..dapat baby comel cm kaka dia sascha tuh..;)..lebiu too mami..;)

Anonymous said...

i suka page nie, apa maksud x makan ubat klinik bagi? nak tanya asid folic ada makan x.